Thursday 12 April 2012

Doodling In Da Mood. Bukan Da Vinci~

Ini Hobi baru ku.

Dari dulu cuba buat tp cepat fedup.
bukan senang nk imagine dalam kepala mcm mana nak draw figure.
lagi-lagi bila bakat melukis nye tidak ada.
setakat kepandaian meniru atau melukis berpandukan gambar yang sudah ada.

Jadi kali ni Nekad akan ku master ilmu doodle ni.
Buku-buku doodle setakat ni tak jumpa lagi.
setakat google-google je la mampu.
buat masa sekarang ni, aku guna software PAINT yang memang selalunya ada
dalam basic SOft setiap laptop/komputer.
so hasilnya tidaklah sekemas mana.

TEngok lah, kalau ada rezeki lebih, teringin nak beli set pad melukis.
Bukan calang-calang harnya tuh.

Yang ni hasil doodle masa 1st time buat. mata macam %^$%^#^*!

But still taknak putus asa. Orang kata learn from mistakes and improve. so dari sini, 
Ini lah pulak hasil kedua, yang jugak sangat lucu bila tgk. 


Kali ni nak puji diri sendri sbb mata ada improvement. rambut ala-ala mat saleh. 
tapi tangan masih xreti buat. TT_TT  Hasil yang tak seberapa ni pun, jenuh jugak
nak siapkan!

Tapi tak berhenti kat situ, aku try lagi buat. kali ni masih bertemakan perempuan 
cuma tukar style selendang pulak. kikiki!
Hye! Boleh kenal??  =))


Daripada sini, aku nak try buat arnab. niat hati nk buat org seorang sahabat
yang aku hormat, sayang macam kakak sendiri. sbb aku tahu die sangat suka
arnab selepas hamster. Jadi lepas godek sana sini, ni lah pulak jadinya!!!
haishhhhh~ SODEH DEN!

Badan arnab tak jadi. panjang semacam! last cancel niat nak bagi kat org. 
sbb buwok sangat! huhu

Lepas dari gambar arnab ni, ada request dari seorang sahabat ni jugak, dia nak 
gambar pakai jubah konvo. garu-garu kepala la jugak. ye lah baru bertatih.
so dok pk2 macam mana nak create org pakai jubah. 

Geledah sana-sini. Fikir-fikir, last teringat! hah kan ada gambar konvo aku. boleh
wat guidance. Tak susah sangat nak buat sbb jubah konvo macam bergaris-garis je. 
And then, JENG JENG JENG ni lah hasilnya! hehe 


Actually, aku puas hati dengan hasil yang ni. walaupun tangan macam ulat/ alien, 
tapi ok la for a beginner macam aku. (aiceh puji diri sendri! ) haha

Hmm lepas ni terfikir nak buat chef pulak. pastu, cycling, pastu maybe dating.
Tapi mcana nk buat lelaki??? biarkan dulu persoalan ni. nant-nanti la aku fikir.

sekarang fokus pada si CHEF dulu. =D  



P/S: suka tengok Blog Cik Manisnya Epal. sweet sangat blog dia. penuh dengan 
doodles yang sumpah kiut-miut tahap dewa! tak tipu ni!

Monday 2 April 2012

Duhai HATI.

Fuhh!!
berat sungguh.
aku bukan jenis cepat menangis.
bukan jenis cepat putus asa.
bukan jugak jenis cepat tertekan.


tapi...
bila rs susahnya nak dpat kerja lepas 2 3 interview,
mula la hati rs lara. lagi2 bila tgk kawan-kawan dh start kerjaya masing2.
masing2 dh sibuk dgn kes masing2. file masing2. kesusahan kerja masing2.
akuuu...???


ahh! salah aku jugak. masa org sibuk2 cari kerja, aku relax mkn angin
sana sini.
Nah! sekarang siapa yang rugi??


3 interview aku pegy, suma respons yg aku dpt quite bad.
the worse was when the interview took less than 2 minutes! 
woww. cipta rekod tuh. pernah ke sesapa masuk interview sekejap tu?


Ada something kurang pada aku ke? please someone tell me.
i need to correct the incorrect things in me. but i just donno what where and how.


Lawyers supposed to be of charisma, smart. tapi aku?? entah la.
yang aku tahu, i wanna be a lawyer!


Duhai hati, 
mampukah bertahan?
baru sedikit ini dugaan,
air mata kau limpahkan.
baru sekuman ini kau tempuh,
jiwa raga kau luluh.
kau kata kau mahu ke puncak,
habis mengapa kau tersentak?
bila baru batu-batu kecil ini kau tersepak?


Duhai hati,
perjalanan masih jauh.
mampukah kau tempuh?
atau mengalah kau pilih?


Duhai hati, 
aku belum bersedia.
ayuh kita berusaha.
aku mahu tawan puncak dunia.
ayuh usah melatah.
kerna aku pantang mengalah.


Duhai hati,
ini untuk kau.
juga untuk aku.
bersabarlah duhai hati. :'-)


FIKIRKAN BOLEH!
Jika kau fikirkan kau bolehKau hampir boleh melakukanJika kau fikirkan ragu-raguUsahamu tidak menentuJika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!


 

Sunday 11 March 2012

Apa Naseb Kura-kura?!

Ahah!

JAGUNG.

setiap kali aku nk mkn jagung, mesti ada satu mitos terbang kat kepala aku.
iaitu, "hmm mcamana kalau tgh gigit2 tongkol jagung tu, gigi pataaah!"
wooa woooa! nauzubillah! gigi dh la jenis takda sparepart. tak bertunas or bertumbuh. kan naya ja kalau hilang gigi sbb jagung. huueee ngeri siott~
Pelik knp aku ada mitos cmtu. mitos pun mitos jugak, last2 habis licin aku makan incik-incik jagung tu. hahaha! =D

And ni lg misteri pasal jagung. eh! mm mungkinn lbh seswai kalo tulis sbg misteri Oyen.

Oyen makan jagung uolls~! kucing uoalls mampoo? haa try la bg tgk mampoo ke x. haha yg pasti mmg oyen mkn jagung. bukan jagung yg bercerai-berai dh tu. ni jagung yg masih di tongkolnya. di gomol2 kunyah2 jagung tu. dasyat beb. terkedu aku tgk oyen makan jagung!

ad la jugak aku bolatkan mata & pandang mama aku. sambil tu aku cakap dgn nada excited;

"mama! oyen makan jagung! tgk neh!"
"mama! eee dia suka laa!"
"mamaaa! .. .. .."
"maaa! blaa blaa blaa"
"mama! mama! . . "
"ayahh! tgk oyen makan jagung! haha"

tapi sadisnyaaa, aku sorg sj excited. parentsku wat dunno jaa. sempat lg depa bg jelingan maut kat aku.
rsnya itu sign suh shadap (shut up) kot. huuuu

hmm samaada so oyen ni lapaq sgt or sj nk try menu bru. hmm nth laa.
untk seekor kucing, makan jagung tu mmg sgt sgt sgt saaangaat di luar jangkauan pemikiran aku. tp taktau la pulak kalau mmg kucing mkn jagung? ye ke? ntah la. im no veterinar bebeh!

tp xpa. laen kali aku beli jagung, mmg aku nak buat experimen dgn si Oyen ni. hehe

sudahnyee berakkk jagung pulokkkk oyen ni. kot la bau wangi cam jagung. neh busyukkkk tera tuh jugakkkk! ^^&*#*%   =_=!

P/S 1: oh FYI, kucing i berber dalam toilet okee. =p

P/S 2: knp tajuk kura-kura? ehh suko den la nk lotak kambeng ko, ayam ko, cicak ko.
eheem! sebenarnya tpengaruh dek td tgk the making cite Cinta Kura-Kura! hehe mcm best je cite tuh. boleh la bawak kaki masuk panggung tgk cite KRU baru nih. weeee ada bang jijan lagi! yezz!

Saturday 21 January 2012

perlumbaan kedua ketiga keempat dan ke lapan juta yang entah bila akan berakhir!

assalamualaikum.
spot update blog kali ni dalam keta okayy. lenguh dh tulang2 pelvis ni. (eh yke pelvis?) haha.
jalan jem giler nm mam mam mam mammmm pussss!
huwaaa..pukoi brp nak smpai loqstaq niii.

dh berjuta kali, 1 2 3 set gooooo! eeekkk xsmpai 5 saat dh behenti balik. gerak pun 1 inci 1 inci ja. aduss sungguh mendugaa perasaan dan fizikal. ni lagi dasyat dr duduk dalam dewan exam. huhu :(

okayy ni lagi, 1 2 3 set! gooooooo! cesss sama jugak sempat la gerak 5 saat. =_='

banyak betol keta kt jalan. musim perayaan kann. suma pakat2 berlumba2 nk blik kampung.
no plat ada yang dari johor, melaka, KL esp.
langit pon ala2 suam2 kuku ja. malu2 terang ja. ala2 nak hujan tak hujan. lega la skit compared tu tgahari td. panas terik smpai aircond keta pon rs panas. siap berpeluh lagi.. :O

aiii pening pulak dok menaip dlm keta ni. nnt la sambung cita. kang xpasal muntah dlm keta org.  huue

Kbai~

Friday 23 December 2011

AKU TAK KOLOT TP AKU BANGGA.

assalammualaikum. =)

Cepat betol masa berlalu. sedar2 dah sampai hari terakhir kelas untuk semester akhir ni. harini hari jumaat bersamaan 23/12/2011. 5 tahun setengah bergelar pelajar uitm. 5 tahun setengah jugak la aku bergelar penghuni kolej. cipta rekod jugak la sebab aku antara kawan2 tak pernah menyewa sepanjang belajar kat shah alam ni. berapa kerat je yg still stay kolej spanjang tahun2 tu.

Dr kolej mawar, aku pindah ke melati. dari melati aku ke teratai. lps tu transfer ke kenanga. last skali aku balik ke kolej teratai. antara kolej2 yang pnh aku duduk ni, paling daahhhhsyattt sekali kolej kenanga. dah la duduk kolej terrtua yg satu2 nya bangunan kt situ belom di renovate. buruk, tua, scary. pencahayaan yang kurang, pembekal makanan yang kurang daripada kurang, gangguan monyet yg berleluasa. selalu je aku berperang dengan monyet2 kat situ. roti, megi, biskut . . . habiss die tibaii. sepah2 kan. yang sakit hati bukan nye dia makan, hnya sekadar dengki! patut la org dulu2 bg perumpaan, "macam beruk dapat bunga". (aku xpasti wordy peribahasa ni. maap! )

Apapun, walau teruk manapun, buruk tahap dewa pun, bilik Kolej Kenanga 4 tetap telah bernakti pada aku. selama 1 sem aku berteduh kat bilik tingkat 4 tu yang disumbat 4 org. walaupun sempit dan panas, km tetap selamat duduk situ 1 semester. syukur ada juga tempat berteduh. oh ya. seronok jugak duduk situ sebenarnya, sebab sebalah fakulti n bilik2 sebelah pon geng2 kitorang. so sng nak discuss apa2.

Tp ada satu benda kelakar jadi masa aku duduk bilik tingkat 4 dengan 4 org rumate tu. rumate2 suma geng aku jugak. pasal isu ampaian. oleh kerana bilik kami berdepan dengan dinding, jadi ampaian xda la. so terpaksa hari2 sidai kat mana2 ampaian yg kosong which is selalunya memang dpn bilik budak2 laen. so pada satu malam ni, lps aku sofflan kan baju2 ku, dengan konfiden dan yakin aku bawak baldi n parking depan ampaian target aku. sbb ampaian tu kosong. bg aku, first come first served.

Belom sempat pun aku sidai baju, aku dengar org ddalam bilik belakang aku merungut2. aku sambung sidai baju wt xthu. lp tu, tiba2 ada org bukak pintu. and terjadi la drama. & ni ala2 perbualan kitorang.

gadis     : awak. .
aku        : ya.
gadis    : awak, kawan saya nak basuh baju japg.
aku       : aaa. so?
gadis   : dia nak sidai baju kat sini nnt.
aku       : aaa. rasanya ada banyak lagi ampaian kat sana2 tu . (aku cakap je menda yg terlintas kt kapala. padahal aku taw tempat penuh. sbb tu aku sidai kat situ. hehe)


gadis    : tp dia dh cop nak sidai kat sini.
aku        : tp sy dh sidai baju kot. (ya la. takkan la aku nak kutip2 balik satu2 baju basah tu. bdway, aku basuh baju dlu)


sebelom sempat dia sempat jawab, aku tambah lagi.

aku      : rsnya ada bnyk lagi ampaian kosong. lagipun saya dah sidai dulu. sorry ehh. (pastu terus aku pusing dan sambung sidai baju)

hmm. mesti budak tu bengang kat aku kan. aishh. mintak maap ler. bukan saja nak wt perangai gitu. terpksa beb. ampaian limited. hehe bila pk2 balik, haaiii lawak betol. pasal ampaian pun nak jd isu. sungguh la budak law suka argue dgn org. (sekeh segus baru sedaq diri kot! heh)


Lg pengalaman aku duduk kolej. ms kt kolej teratai, aku pon pasang la angan nak buat printing servis. awal2 sem dapat PTPTN. so bole beli printer. ms tu canon harga RM200 plus siap pasang tank. aku letak cantik2 atas meja. weekend tu kalau xslh bru 1st or 2nd weekend untuk sem tu. so aku pon balik la mgu tu. tiba2 aku dpt call dr rumate aku, cakap bilik ada org masuk. habis barang sepah. brg diselongkar. dalam hati aku, sudahhhhhh. printer baru beliii. jgn hilang pulak. huhu nasib aku balik 2 hr ja. sampai2 bilik, masyaAllah. dasyatnya sepahan bilik. makanan terabur. buku serak habis. yang plg best, bekas susu anlene dh terbalik and serbuk susu tu suma dh ats, dalam, tepi, bwah printer aku!! ms tu la aku terpikir, bukan kerja org ni. mesti monyett! sbb 3 4 hari sebelom tu, kawan aku ada menjerit sebab nampak ekor monyet terjuntai kat tingkat bilik kitorang. marah nya aku. belom sempat rasmi pon lg printer tu. susu anlene tu pun mahal kot. eyemo baru beli pun habis digigit2 monyet. geram geram geram.

Tak lama lepas tu, aku cari2 mana la pencil box aku. ai ntah mana aku letak pula. tak jumpa. bila aku jenguk luar tingkap, aku jumpa 2 3 btg pen n highlighters aku kt owning bwh. Ya Allah. nak pitam rsnya! monyet2 tu hangkut dh pulak pencil box aku kan. dh 2 tahun since kejadian tu. n smpai sekrang, tak jumpa jugak brg2 n pencil box tu. senget la monyet2 tu. pencil box tu da la size XXL. so bnyk brg n kngn aku simpan dlm tu. habis suma lenyapp. sia-sia. lama jugak aku tak berpencil boz. mls nak beli. n smpai ada kwn aku ni, sweet sgt, dia hadiahkan pencil box siap accessories dlm skali. termasuk lah gam, , cutter n etc. lengkap! TERHARU. =)

nak cerita lagi mmg xsudah la jawabnya, bnyk sngt pahit manis dok kolej ni. sekarang aku masih di teratai. menghabiskan sisa2 hari yg ada kat uitm ni. tak lama lagi mungkin aku jugak terpaksa  menyewa. mungkin bukan di shah alam ataupun kedah. =)


ni panorama kolej teratai yg aku duduk sekarang. kolej teratai 1 paling cantik dan selesa yg pernah aku duduk. gambar ni pun aku snap n trus upload disini. hee


ini geng2 aku ms kitorg konvo BLS. diorng ni jugak la meraangkap rumate2 bilik sempit massa dok kenanga 4 dlu. oh kecuali yg tdung cream tu.

YUP. AKU TAK KOLOT TP AKU BANGGA JD WARGA KOLEJ SEPANJANG DI UITM. senang sbb ada cleaner, mkn senang n murah, ampaian walaupun kdg2 berebut, sewa murah n etc etc.
mcanapun, laen org laen pendapat. bg aku, duduk kolej terbaik pilihan yg aku ada. =)


p/s: maaf kalau ada menyinggung mana2 pihak.

Sunday 2 October 2011

HANTU BONCENG

assalamualaikum.

apa movies latest minggu ni ha?? libas yeh? ka bini-biniku gangster? ya la kot. aku ni xda la dok ikut sgt perkembangan semasa dunia2 hiburan. tp bila kawan2 dok sembang, aku pun sibuk2 la nak tgk jgk. hehe yang paling terbaru aku tgk, cita hantu bonceng. zizan main actornya. (aku rs suma pon taw kan).

hmm b4 aku tgk cita tu, bnyk gosip2 liar aku dgr pasal cita hantu bonceng ni. ada yg cakap zizan persendakan agama islam. ada yang cakap zizan menghina rasullullah s.a.w. ish ish ish. sampai ke situ. dahsyat sungguh penangan mulut org kan. kat paper pun ada aku terbaca pasal isu filem ni. pasal finas terlepas pandang unsur2 sensitif dalam cita HB ni. jenuh la si ahmad idham nak jawab kan. lagi kesian kat zizan sbb baru ja dapat role pelakon utama, dah ramai yang kecam dia.
(okay aku mengaku aku suka dia. aku suka tgk gelagat dia n lawak2 yg dia buat wpun kdg overr ok. =)  )

ok berbalik pasal isu sensitif filem HB td. lps aku dgr ura-ura cita ni, sibok aku pon nak tgk. mmg dah lama teringin nak tgk bcoz actor dia zizan raja lawak. heh
so dapat la aku copy cita tu dr seorang kawan. well, not bad la. aku enjoy tgk cita tu. ada jgk aku gelak2 terhibur dgn gelagat zizan. ada jugak yg lawak2 sengal ja tp ok laa bg aku. walaupun tak la sehebat cita cuci or hantu kak limah or zombi kampung pisang, tp aku rasa cita best la jugak.

pasal isu hina rasullullah s.a.w tu, aku rasa bukan sedahhhsyattt yg org gembar gembur kan. zizan mengucap sbb takot pastu xcukop nafaz dihujung, dia sambung dgn sebot syaitonn tu. bukan niat dia nak persendakan kalimah syahadah tu. ha!! tp bkn maksud aku, zizan betol 100%. dia pun salah jgk pasal kurang berhati2. dan mungkin pihak finas terlepas pandang mungkin sbb diorg pk mcm aku ckp td. tak gitu?

ada jugak dengar2 org cakap cita tu tajuk ja hantu bonceng, tapi hantu nya ada mula2 ja. dah tgh2 kat hujung tu dah terus lesapp hantu. hantu ada masa awal2 ja. lps tu cita tu dah jd cita laen, bukan cita hantu lagi dah. well, perspektif aku laen pulak. hantu tu xsemestinya refers tu hantu yg exactly hantu tu. maksudnya hantu yang menakotkan tu. cuba berfikiran lebih terbuka dan LUASSSSKAN pemahaman.

contohnya la kan, org yang kuat makan, kita cakap kat dia, hantu makan. drug addicts kita panggil hantu dadah. hantu tidor. hantu wayang. hantu karok, org nakal2 pun kadang2 kita panggil diorang as HANTU! betol tak? so cita hantu bonceng ni sbenarnya ketengahkan isu rempit2 nih. hantu bonceng tu, refers to mat rempit dan juga hantu yang hantu tu. lgi,aku rs boleh jugak merujuk kepada perbuatan si kembar tu yang cuba menghantukan zizan. si jue aziz pun bole kita cakap gila hantu kat zizan. bonceng pulak, cuba kita tgk, mana ada sgt pelakon2 tu pakai keta. bnyak depa pakai moto sj. jue pon naek scooter comel kan. =))

haa jadi tak usoh ler berfikiran sempit. cuba berfikiran positif dan hargai kerja keras orang lain. =)

Eh! teringat plak pesanan sepah raja lawak. alaaa yang iklan diorg kat radio era tu. yg cakap "nak berlawak pun mest kena pada tempatnya. silap2 kena pelempang jawabnya. pesanan yang bukan lawak ini dari sepah" . aaa lebih kurang la tu bunyi nya. aku pun lupa2 ingt. lagi satu iklan amir rajalawak, "jgn malu cakap sory kalau ada wt silap. im sorry!" haa again, lebih kurang camtu lah bunyi dia kan. hee

so pada zizan, jgn putus asa. teruskan berfilem & berlawak. dan bila buat silap jgn lupa cakap im sorry. sbb perkataan maaf shj dah boleh lembutkan hati orang. haa jgn tatau bertapa powerya SORRY tu. =P

aishhh. yg aku panjang2 review pasal cita ni mcm la aku dapat kosmisyen kann. haha! sj ja nak luahkan yg terbuku di hati. kalau ada yg sokong, terima kasih. yg x sokong, xpa. pendapat suma orang laen2, masing2 ada buah hati sendri. so jgn malu jgn segan luahkan pendapat anda. sapa tau kot2 pendapat anda brilliant dan di sukai ramai. (^_^)V

ok lah. chioooww dulu. bubye.
sayonara~!

Sunday 25 September 2011

R.I.N.D.U

assalamualaikum.

dah 2 minggu since start balik blajar kt uit, dh dah 2 minggu la aku dah tinnggal kan hometown nun kdh di sana. 2 minggu jgk la since last aku tgk oyen. sice aku dukung oyen. since aku peluk cium oyen. since aku main-main dgn dia. buat dia pening. kena cakar dgn dia. buat dia marah pastu kna gigit. ya allah. sungguh aku rindu oyen.

mcm mengarut pun ada. oyen oyen oyen. hari hari nak ingt oyen. nak nanges tringat oyen. nak menjerit! nak teriak! =((  GILA ka aku ni? gila gila!

*mengeluhhh*
dan
*mengeluhh lagi*
pastu
*termenungg*

aku nak balik aloq staq. semata-mata nak tgk oyen. huuhuhu

td call mama. mama pun blom apa-apa trus start cita pasal oyen. mcm taw2 ja aku call nak tnya pasal oyen.
mama cakap td, ayah nak msuk billik aku amik beg. pastu bila ayah bukak ja pintu bilik, terus si oyen lari *terpa masuk bilik. mama cakap mesti dia rindu kat aku n ayu (adik). dlu masa cuti 4 bulan, mmg kami slalu bawak dia masuk bilik. tdo dgn dia. pas mandikan dia, keringkan bulu dia pun dlm bilik. pastu kalau km dok sembg2 dlm bilik, mesti bawak dia skali. 4 bulan dok layan dia mcm tu. so bila tiba2 km takdak, mau x heran oyen tu. jd sgt sgt sgt lah terharu bila mama cita dia lari masuk bilik sebaik sj pintu dibukak. mesti dia ingt kami dlm bilik kan...

*sebak*
*air mata nak jatuh!*

aku start bela oyen dr baby lg. dr umur dia kalau x slh aku, dlm 2 3 minggu camtu. skrg dh anak dara. dah 4 bulan. mama cakap dia dah besaq! aku tamau tlepas saat dia membesar. aku nak tgk setiap perubahan pada oyen. buruk ka cantik ka. tp apa nak buat, oyen jauh kat kdh sana. nasib ada banyak jugak gamabq dia aku snap dlu. so bole tgk2 gaambaq dia kalau2 teringat. dan yg pasti setakat tgk gambaq dia ja, xhilang rindu ni.

oyen ni dia x manja mcm kucing lain. dia xmai sendeng2 kat kaki org. ha tp dia akan mengiau mengiau mengiau yang sgt sgt sgt teruk bila dia mengantok. hee lawak bila tringat.

ada satu masa tu, dia ngiau2 dpn aku. pijak2 laptop dpn aku ni. dia jilat2 tgn aku. aku agak dia lapaq, so aku pon bg la dia mkn kat dapuq. lps tu trus aku masuk bilik balik sambung main game kat laptop. lama lps tu dia mai lompat ats laptop n ngiau2 pastu jilat2 tgn aku. lps tu trus dia trun n kuar bilik. mungkin tu cara dia cakap tima kasih sbb bg dia makan. terharu pulak aku. binatang pun taw berterima kasih kan. =)
 kotak galaxy tab ni muat2 ja dgn badan oyen. pun gagah nak masuk kan. oyen oyenn. =) nakal!

 posing oyen masa dalam keta ondw balik png. malasss yee. huu rinduuuu!

                                                           
oyenn..i miss u a lot. kalau la oyen paham apa kakak cakap ni kan. tunggu nant kakak balik kakak peluk cium sayang oyen. busyuk pun busyuk la. kakak rindu oyen sangat-sangat! I LOVE U!