Tuesday 23 August 2011

15 minit lagi. =))

yaa..15 min lagi. 15 minit lagi da masuk 24 hb ogos. 15 minit lagi over la sudah sambutan ulangtahun aku yg ke 23. well im a year older now. hehe 
Agak banyak nombor umoq ku sekarang. huhu. Harini aku hepi. Hepi sbb ramai kawan-kawan wish besday. sangat-sangat ramai ok. kawan-kawan yang dh lama x contact pun ada kirim ingatan. serious terharu. kalau selama ni aku ingt aku invisible, well today has proven that i was totallyyy wrongg! Friends do realize my existence. walaupun dgn word HB, cukop untuk buat aku terharu,. sumpah cukop. terima kasih semua.
Best jugak kan sambut besday. walaupun xda kek, xda hadiah, xda sambutan apa-apa, tapi aku hepi. aku rasa cambest! =)) asyik nak senyum je harini. dari detik pukul 12 malam semalam smpai la dh nak hbs 12 mlm ni, still bertalu2 lagi msg masuk wishing happy birthday to me.
Kalau tahun lps, my fiancee ada trun shah alam bawak my fav cake, choc indulgence n kitorg celebrate dkt restoran Antan Batura dgn kawan-kawan aku sambil buka puasa. But this year just buka puasa dengan family dekat rumah. mama pun alert birthday aku, dah 2 3 hari aku teringin makan pau. pastu td mama suruh ayu belikan,. little tp meaningfull to me. i love da moment! =)

5 minit lagi yang tinggal. aku bersyukur. syukur di beri peluang bernafas selama 23 tahun lagi. syukur hayatku masih belom berakhir. terima kasih Allah s.w.t. 

2 minit lagi. dan takdakk apa lgi permintaan aku.

1 minit lagi. sorang ja lagi yg belom wish besday aku. sapa? haa saat-saat akhir 23 ogos 2011 ni aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR AIDA ANISA MAD SALLEH.! apalah. untuk diri sendri pun lupa! cehh.

TENG TENG TENG!! jam dinding umah aku pon dah bunyi. selamat datang 24 ogos 2011 !  selamat tinggal hari lahir! semoga kita jumpa lagi tahun depan. =))

p/s: masa aku buat entry ni, jam baru 11.45 mlm 23 ogos 2011. sekarang dah pun pukul 12 lebih. =)

Thursday 11 August 2011

K.E.R.A.P.U

Bismillahirrahmanirrahim.

alamak!! baru je jari2 ni nak menari rancak, mama pun dah balik..dah kne g siap2 pulak..nk pg giant kejap. BRB okayyyy.. babaii.

Monday 8 August 2011

Bertarawikh dengan Airmata.


Dramatik skali headpost kali ni. tp ni bkn drama yg dibuat-buat. seriously. nak cita pasal trawikh mlm td, iaitu mlm yg ke-9 kalau xsilap. haa smlm den ponteng tarawikh. huhu tak larat sgt dah smlm nak p. pagi2 buta pas subuoh dah bertolak p penang & terus ke taiping melawat paksu. dia patah kaki pasai nak tangkap org. (paksu polis) dah bulan2 posa, nak raya pulak, jd pulak kes camni. myb ada hidayahnya. takpa, at least paksu dapat dok umah smpai raya kan... tak gaduh susah2 p tangkap org dah buat masa la ni. =)
ok berbalik ke tajuk yg dramatik td. hmm. bukan apa, selalunya nak p tarawikh ni mmg liat la.. liat lagi dari lintah nak mati unless kalau buboh garam. haa menggeliat-liat lintah tu then mati. tarik la cmna pon, tak putus. tp kalau boh garam, surrender awai-awai lagi kan si cik lintah tu. sama la mcm aku ni. liat sgt sgt sgt sgt tahap lintah gergasi kalau nak p tarawikh. tp tiap2 mlm p jugak sbb mama aku rajin 'garamkan' aku. heehh tiap-tiap malam p smpailah yg terbaru td. mula2 dari smyg insyak smpai la tarawikh yg ke-8 ok ja. Lepas tu, tiba2 rasa syahdu sangat. sebak. sedih. nak menangis. airmata dah bertakung. pelan2 aku control perasaan sebak & syahdu tu. taktau pasaipa. dari mana datangnya perasaan syahdu tu pun ntah la. secara mengejut ok. malaikat tiup mata aku kah? atau hati aku disentuh ayat-ayat suci yang imam baca? atau aku dok melayang teringat benda lain? 
Aku sendri pun takdak jawapan. sunyi. rakaat-rakat seterusnya, air mata aku bergenang lagi. lagi-lagi bila imam bacakan ayat-ayat suci. rakaat ke 14, sekali lagi terketar-ketar aku aminkan al-fatihah. bukan takot, tapi sebak. jauh dalam hati aku ada sesuatu. apakah? aku tahan air mata aku. takot jemaah kiri kanan nampak, di mana sebelah kanan ialah mama dan kiri jiran depan umah. of cos la tamau kantoii kan!
Berjaya aku tahan air mata aku dari mengalir. taktau lah khusyuk nya dimana, diterima atau tidak solat aku tu. tp aku pasti, aku asyik rasa sebak. sakit dada sbb nak tahan airmata tuh tak payah habaq la kan. dah selesai suma 23 rakaat, aku pon jalan balik dgn mama & ayah. dalam waktu dok jalan tu, (walaupon umah tepi surau ja kann) , sempat lg aku pk knp sebak sgt td. knp asyik-asyik nak jatuhkan mutiara ni especially bila dgr tok imam baca surah-surah. bukan aku paham maksud pon. tp still ada sesuatu dah sentuh hati aku. sesuatu yang aku tak dapat nak kenal pasti. 
Hmm. tak sure. serious tak dapat nak pk. Tp ada satu yang aku pasti. sangat pasti. malam td, tarawikh aku sgt ringan.aku taw aku ikhlas buat tarawikh mlm td. :')
buat mama, takpayah tarok garam dah. lps ni aida tak liat dah p tarawikh. terima kasih mama. semoga allah gandakan pahala bulan puasa mama. amin.

Ya Rabbi, aku sujud padamu.
Seikhlas hati, sekudus jiwa.
Demi Redhamu Ya Rabbi.
Sehina-hinanya aku di sisi Mu.
Telah Kau Sentuh Hatiku.
Syukur aku Syukur.

Monday 1 August 2011

second post. tajuknya, second ramadhan & second week being engaged.

woott woott. tajuk kali ni ada chemistry la pulak. kebetulan sungguh. td ptg dok teringt dah, blog ni mest terkuboq dah ni. tup tup selamat lagi. hehh.

hari ni nak masuk second day puasa. alhamdulillah. terawikh pun masih dalam poket. harap-harap mlm esok tak tercicir la. sebot pasal ramadhan ni, bila puasa ja mesti suma teringin nak makan macam-macam. td tgahari masa dok update FB, ada terbaca kawan-kawan yg post nak p cari cendol la, charkueyteow, air apa ntah (ingat dah pulekk), murtabak & etc. adik aku sendri teringin nak minum sirap  limau. boleh bayangkan x betapa hebatnya dugaan puasa? sirap limau?? er hello. . bole no teringin sirap limau. hehe lawak! aku sendri pun lawak jugak. biskut yg atas para pun aku boleh teringin. padahal dah berminggu dok kat situ sebelom ni. datang la pulak nak minum air bandung la bandung cincau la, cempedak goreng la, pisang goreng la. haishh. kalau dah namanya puasa kan.. ngee! 

juadah untuk berbuka harini simple saja. xda pun bersesak2 kat bazar. suma homemade dan itulah favourite kami sekeluarga. senang sj nak layan selera family kami.. ikan goreng, sambal sotong, sayur sawi & cempedak goreng dah memadai. tambah dengan lepat pisang buatan ibunda tercinta, p[erghh sudah cukup nikmat buat kami sekeluarga. alhamdulillah, masa dah suap nasi ke mulut, ada pulak jiran dtg bg nasi kerabu. =)) suma pon dah nyesal makan nasi td sbb suma terliur nasi kerabu.hehe last2 nasi kerabu tu masuk peti sejuk & akan dibaham sahur nant. kihkihhhkihh!

tarawikh td pulak, aku merasmikan telekung baru. telekung tu hantaran dr pihak lelaki masa tunang 23.7.2011 haritu. congak-congak dah dua minggu la. purple kaler. sgt suka sulaman kat telekung tu. =)) ohh yaa..td ada terjumpak kawan sekolah rendah dulu. dah bertahun xjumpa rsnya. hazirah nama dia. rupa2nya adik hazirah belajar kat johor. hehe tunanganku orang johor jugeee.. kekeke (exited pulak bila dgr johor kann. gedixx skali!) haha

pasal tunangan. dah genap lepas 2 minggu dah. wpun dah lama lps, tp mood jd tunang orang blom lagi hbs. aku still lg dok dgr2 cita makcik makcik dia cakap pasal aku. brg2 hantaran pon belom hbs bukak lg. neves aku pon blom hilang. bukan mcm neves nak kne sarung cincin. tp neves pasal penerimaan keluarga dia untuk aku. takot ada yang tak berkenan di hati. itu xpa lah. bole tolak tepi. nak tak nak, ikatan dah pun ada. terpaksa la aku ubah yang burok. & terima seadanya diri aku ni. tunang aku, hmm sumpah rindu gila kat dia. dah 3 bulan tak jumpa. masa tunang tu sempat jeling-jeling saja. huhu nak suruh datang berbuka sama, kesian kat dia. jauhhh. xsampai hati nak suruh dtg semata2 nak berbuka. apa nak buat dah namanya long-distance-rship kan. dah genap 2 minggu cincin tunang disarungkan kat jari manis kanan aku ni. dugaan? yaa..mmg banyak. kalau dlu masa dok bercintan cintun, kalau gaduh bole sng2 ja nak lafaz talaq. ehh! err kira nak breakup la. tp bila skrg dah jd tunangan org ni, nak bercakap pun kna sopan2, hati2. ya la, kna ambik kira hati bakal mak mentua, bakal adik2 ipar, mama ayah.. dah ramai yg bersangkut paut dalam hubungan ni as compared to before. jadi dugaan tu hebat! org kata dah selangkah ja lagi ke alam perkahwinan. hingga hari tu, kna la sabar dengan dugaaan. still aku hepi dgn dugaan ni sbb sekarang aku bkn lgi GIRLFRIEND dia. aku sekarang TUNANGAN dia. ceehh mlm2 nak jiwang pulak. do i care? blog ni pon xtaw sapa yang nak baca. rsnya aku sorang kott?! hahaha.

i miss u. do u?

ok lah. till next entry, sayonara~!