Thursday 12 April 2012

Doodling In Da Mood. Bukan Da Vinci~

Ini Hobi baru ku.

Dari dulu cuba buat tp cepat fedup.
bukan senang nk imagine dalam kepala mcm mana nak draw figure.
lagi-lagi bila bakat melukis nye tidak ada.
setakat kepandaian meniru atau melukis berpandukan gambar yang sudah ada.

Jadi kali ni Nekad akan ku master ilmu doodle ni.
Buku-buku doodle setakat ni tak jumpa lagi.
setakat google-google je la mampu.
buat masa sekarang ni, aku guna software PAINT yang memang selalunya ada
dalam basic SOft setiap laptop/komputer.
so hasilnya tidaklah sekemas mana.

TEngok lah, kalau ada rezeki lebih, teringin nak beli set pad melukis.
Bukan calang-calang harnya tuh.

Yang ni hasil doodle masa 1st time buat. mata macam %^$%^#^*!

But still taknak putus asa. Orang kata learn from mistakes and improve. so dari sini, 
Ini lah pulak hasil kedua, yang jugak sangat lucu bila tgk. 


Kali ni nak puji diri sendri sbb mata ada improvement. rambut ala-ala mat saleh. 
tapi tangan masih xreti buat. TT_TT  Hasil yang tak seberapa ni pun, jenuh jugak
nak siapkan!

Tapi tak berhenti kat situ, aku try lagi buat. kali ni masih bertemakan perempuan 
cuma tukar style selendang pulak. kikiki!
Hye! Boleh kenal??  =))


Daripada sini, aku nak try buat arnab. niat hati nk buat org seorang sahabat
yang aku hormat, sayang macam kakak sendiri. sbb aku tahu die sangat suka
arnab selepas hamster. Jadi lepas godek sana sini, ni lah pulak jadinya!!!
haishhhhh~ SODEH DEN!

Badan arnab tak jadi. panjang semacam! last cancel niat nak bagi kat org. 
sbb buwok sangat! huhu

Lepas dari gambar arnab ni, ada request dari seorang sahabat ni jugak, dia nak 
gambar pakai jubah konvo. garu-garu kepala la jugak. ye lah baru bertatih.
so dok pk2 macam mana nak create org pakai jubah. 

Geledah sana-sini. Fikir-fikir, last teringat! hah kan ada gambar konvo aku. boleh
wat guidance. Tak susah sangat nak buat sbb jubah konvo macam bergaris-garis je. 
And then, JENG JENG JENG ni lah hasilnya! hehe 


Actually, aku puas hati dengan hasil yang ni. walaupun tangan macam ulat/ alien, 
tapi ok la for a beginner macam aku. (aiceh puji diri sendri! ) haha

Hmm lepas ni terfikir nak buat chef pulak. pastu, cycling, pastu maybe dating.
Tapi mcana nk buat lelaki??? biarkan dulu persoalan ni. nant-nanti la aku fikir.

sekarang fokus pada si CHEF dulu. =D  



P/S: suka tengok Blog Cik Manisnya Epal. sweet sangat blog dia. penuh dengan 
doodles yang sumpah kiut-miut tahap dewa! tak tipu ni!

No comments:

Post a Comment