Monday 2 April 2012

Duhai HATI.

Fuhh!!
berat sungguh.
aku bukan jenis cepat menangis.
bukan jenis cepat putus asa.
bukan jugak jenis cepat tertekan.


tapi...
bila rs susahnya nak dpat kerja lepas 2 3 interview,
mula la hati rs lara. lagi2 bila tgk kawan-kawan dh start kerjaya masing2.
masing2 dh sibuk dgn kes masing2. file masing2. kesusahan kerja masing2.
akuuu...???


ahh! salah aku jugak. masa org sibuk2 cari kerja, aku relax mkn angin
sana sini.
Nah! sekarang siapa yang rugi??


3 interview aku pegy, suma respons yg aku dpt quite bad.
the worse was when the interview took less than 2 minutes! 
woww. cipta rekod tuh. pernah ke sesapa masuk interview sekejap tu?


Ada something kurang pada aku ke? please someone tell me.
i need to correct the incorrect things in me. but i just donno what where and how.


Lawyers supposed to be of charisma, smart. tapi aku?? entah la.
yang aku tahu, i wanna be a lawyer!


Duhai hati, 
mampukah bertahan?
baru sedikit ini dugaan,
air mata kau limpahkan.
baru sekuman ini kau tempuh,
jiwa raga kau luluh.
kau kata kau mahu ke puncak,
habis mengapa kau tersentak?
bila baru batu-batu kecil ini kau tersepak?


Duhai hati,
perjalanan masih jauh.
mampukah kau tempuh?
atau mengalah kau pilih?


Duhai hati, 
aku belum bersedia.
ayuh kita berusaha.
aku mahu tawan puncak dunia.
ayuh usah melatah.
kerna aku pantang mengalah.


Duhai hati,
ini untuk kau.
juga untuk aku.
bersabarlah duhai hati. :'-)


FIKIRKAN BOLEH!
Jika kau fikirkan kau bolehKau hampir boleh melakukanJika kau fikirkan ragu-raguUsahamu tidak menentuJika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!


 

No comments:

Post a Comment