Monday 8 August 2011

Bertarawikh dengan Airmata.


Dramatik skali headpost kali ni. tp ni bkn drama yg dibuat-buat. seriously. nak cita pasal trawikh mlm td, iaitu mlm yg ke-9 kalau xsilap. haa smlm den ponteng tarawikh. huhu tak larat sgt dah smlm nak p. pagi2 buta pas subuoh dah bertolak p penang & terus ke taiping melawat paksu. dia patah kaki pasai nak tangkap org. (paksu polis) dah bulan2 posa, nak raya pulak, jd pulak kes camni. myb ada hidayahnya. takpa, at least paksu dapat dok umah smpai raya kan... tak gaduh susah2 p tangkap org dah buat masa la ni. =)
ok berbalik ke tajuk yg dramatik td. hmm. bukan apa, selalunya nak p tarawikh ni mmg liat la.. liat lagi dari lintah nak mati unless kalau buboh garam. haa menggeliat-liat lintah tu then mati. tarik la cmna pon, tak putus. tp kalau boh garam, surrender awai-awai lagi kan si cik lintah tu. sama la mcm aku ni. liat sgt sgt sgt sgt tahap lintah gergasi kalau nak p tarawikh. tp tiap2 mlm p jugak sbb mama aku rajin 'garamkan' aku. heehh tiap-tiap malam p smpailah yg terbaru td. mula2 dari smyg insyak smpai la tarawikh yg ke-8 ok ja. Lepas tu, tiba2 rasa syahdu sangat. sebak. sedih. nak menangis. airmata dah bertakung. pelan2 aku control perasaan sebak & syahdu tu. taktau pasaipa. dari mana datangnya perasaan syahdu tu pun ntah la. secara mengejut ok. malaikat tiup mata aku kah? atau hati aku disentuh ayat-ayat suci yang imam baca? atau aku dok melayang teringat benda lain? 
Aku sendri pun takdak jawapan. sunyi. rakaat-rakat seterusnya, air mata aku bergenang lagi. lagi-lagi bila imam bacakan ayat-ayat suci. rakaat ke 14, sekali lagi terketar-ketar aku aminkan al-fatihah. bukan takot, tapi sebak. jauh dalam hati aku ada sesuatu. apakah? aku tahan air mata aku. takot jemaah kiri kanan nampak, di mana sebelah kanan ialah mama dan kiri jiran depan umah. of cos la tamau kantoii kan!
Berjaya aku tahan air mata aku dari mengalir. taktau lah khusyuk nya dimana, diterima atau tidak solat aku tu. tp aku pasti, aku asyik rasa sebak. sakit dada sbb nak tahan airmata tuh tak payah habaq la kan. dah selesai suma 23 rakaat, aku pon jalan balik dgn mama & ayah. dalam waktu dok jalan tu, (walaupon umah tepi surau ja kann) , sempat lg aku pk knp sebak sgt td. knp asyik-asyik nak jatuhkan mutiara ni especially bila dgr tok imam baca surah-surah. bukan aku paham maksud pon. tp still ada sesuatu dah sentuh hati aku. sesuatu yang aku tak dapat nak kenal pasti. 
Hmm. tak sure. serious tak dapat nak pk. Tp ada satu yang aku pasti. sangat pasti. malam td, tarawikh aku sgt ringan.aku taw aku ikhlas buat tarawikh mlm td. :')
buat mama, takpayah tarok garam dah. lps ni aida tak liat dah p tarawikh. terima kasih mama. semoga allah gandakan pahala bulan puasa mama. amin.

Ya Rabbi, aku sujud padamu.
Seikhlas hati, sekudus jiwa.
Demi Redhamu Ya Rabbi.
Sehina-hinanya aku di sisi Mu.
Telah Kau Sentuh Hatiku.
Syukur aku Syukur.

4 comments:

  1. Alhamdulilah..aida khusyuk tu :D

    ReplyDelete
  2. as! org g cari button like kat comment as yg ats ni. haha! mn la ada.. ingat fesbuk kah..haha lawak-lawak

    ReplyDelete
  3. ummmmmuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    jgn lupa click join ye. haha

    ReplyDelete